Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

(Gambar) Pelumba pelapis Terengganu terbunuh bertembung lori


KUALA TERENGGANU 5 Jun - Pelumba pelapis Terengganu, Mohd. Shafiq Imran Syahril, 15, maut semasa menjalani latihan apabila basikal yang ditunggangnya bertembung dengan lori di sini pagi ini.


Kejadian berlaku pada pukul 9.30 pagi di Kampung Gemuruh, Tepuh ketika mangsa sedang menjani latihan bersama kira-kira 40 penunggang.

Salah seorang daripada penunggang dikatakan terlanggar lubang di jalan, menyebabkan mereka yang dalam keadaan bersesak terpaksa memasuki lorong bertentangan.


Mohd. Shafiq Imran meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.
0 Komentar untuk "(Gambar) Pelumba pelapis Terengganu terbunuh bertembung lori"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info