Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Artis : Fasha bantu ibu di bazar

RAMAI yang memuji tindakan Fasha membawa anak kecilnya untuk membantu ibunya berniaga di bazar Ramadan yang terletak di Putrajaya. Meskipun popular, siapa sangka Fasha rupanya memiliki sikap merendah diri. Malah difahamkan, ramai peminat turut memuji Fasha dan berpuas hati dengan layanannya.

Menerusi Instagramnya, Fasha berkata, ibunya memasak sendiri semua juadah yang dijual. Laksa merupakan juadah utama selain beberapa hidangan istimewa yang lain.

Fasha bantu ibu di bazar

Berdasarkan gambar yang dimuat naik, ternyata Fasha tidak kekok menguruskan bazar itu. Lebih menyentuh perasaan, anak kecilnya itu turut digendong bersama.

-Sinar Harian
0 Komentar untuk "Artis : Fasha bantu ibu di bazar"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info