Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Filem kedua sentuhan Jay Chou

SELEPAS kejayaannya mengarahkan filem pertama, Secret sekitar 2007, tahun ini penyanyi dan pelakon terkenal Taiwan ini sekali lagi mencuba nasib dengan buah tangan terbarunya.

Diberi judul The Rooftop, filem yang mendapat sentuhan Jay Chou ini mengangkat genre komedi, muzikal dan cinta.




Berkongsi mengenai filem kedua arahannya ini, kata Chou, sebagai pengarah yang masih berjinak-jinak dalam dunia perfileman, dia akui filem ini bukan mudah untuk dihasilkan.

“Selain membawa pelbagai genre dalam satu masa, saya juga harus memastikan filem ini disukai peminat.

“Lagipun, saya tidak mahu menghampakan mereka, bahkan saya juga adalah aktor utama untuk filem ini,” katanya yang menggunakan pelbagai kesan khas diselitkan dalam filem ini.

Dalam pada itu, sebagai penulis skrip The Rooftop, katanya, dia telah menambah pelbagai elemen seperti klasik dan fantasi supaya ia lebih menarik.

“Bayangkan saya juga telah menulis 10 lagu untuk filem ini, betapa terujanya saya untuk melancarkan dan menanti filem ini ditayangkan,” katanya yang turut menggunakan khidmat pelakon handalan seperti Alan Ko, Eric Tsang, Wang Xueqi, Xu Fan dan Kenny Bee untuk filem terbarunya ini.

Sedikit mengenai The Rooftop, ia merupakan sebuah filem muzikal seni mempertahankan diri di era fiksyen yang berlatarbelakangkan tahun 1970.

Ia menampilkan kehidupan sebenar dua orang sahabat baik.

-Sinar harian
0 Komentar untuk "Filem kedua sentuhan Jay Chou"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info