NIBONG TEBAL - Seorang lelaki cedera parah di paha kanan selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Mengkuang, Bukit Mertajam di sini hari ini.
Lelaki berusia 30-an berasal dari Kulim itu kini dirawat di Hospital Kulim, Kedah.
"Siasatan awal mendapati lelaki itu mempunyai beberapa rekod jenayah," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah di sini hari ini.
Beliau berkata ketika kejadian pada pukul 8.30 malam itu, lelaki berkenaan bersama rakannya dipercayai dari Jalan Mengkuang menghala ke Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) untuk ke Kulim.
"Ketika kereta mereka berhenti di lampu isyarat simpang empat di situ, sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki menghampiri kenderaan yang dinaiki mereka dan seorang daripada lelaki itu melepaskan tembakan," katanya.
Mazlan ditemui selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), di sini.
Mazlan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengetahui motif kejadian.
-Sinar harian
Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini
Popular Posts
-
1) Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi adalah masjid terbesar di dunia terletak di kota suci Makkah dan be...
-
Seorang penganggur mengaku tidak salah atas tuduhan menetak bapanya di kepala dengan parang, di mahkamah sesyen, di Kota Baharu, semalam. Mo...
-
Tukang Gantung Cerita Detik Akhir Saddam Hussein di Tali Gantung | Mowaffak al-Rubaie duduk di pejabatnya dengan patung Saddam Hussein dibel...
-
Setelah mahkamah memutuskan pernikahan antara Jue Aziz dan suaminya Bayu Pramana Putra Achmal sah, Jue Aziz merancang untuk mengadakan majl...
-
Pemenang anugerah Oscar dan pelawak Robin Williams ditemui mati di rumahnya di California disyaki akibat bunuh diri, demikian menurut pihak...
-
Gambar terbaharu menampilkan Nurul Wahab dengan anak sulungnya, Ayu NAzirah serta yang bongsu, Zacharu Depp dengan mengayakan koleksi baju ...
-
SEKITAR dua setengah tahun yang lalu, wanita yang kini berusia 30 tahun ini mengambil keputusan untuk meninggalkan lapangan seni demi cint...
-
Apa sahaja boleh berlaku di negara China.Terbaru, seorang guru wanita di sana telah mendapat satu cara yang dilihatnya sebagai berkesan untu...
-
China – Seluruh penduduk di China dikejutkan dengan kematian seorang hos popular program TV akibat dirompak dan dibunuh oleh perompak dalam ...
-
Anggota bomba membantu menurunkan mangsa yang tidak dapat turun dari pokok kelapa. IPOH - “Tolong saya mahu turun,” jerit seorang lelaki ber...
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info


0 Komentar untuk "Lelaki parah ditembak di Bukit Mertajam"