Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Polis P.Pinang buru penjenayah larikan kereta peronda

TASEK GELUGOR - Polis Pulau Pinang melancarkan operasi membantu Polis Perak bagi memburu seorang lelaki yang bertindak melarikan sebuah kereta peronda polis (MPV) di Ipoh awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, sebuah pasukan khas ditubuhkan untuk menjejaki kenderaan polis itu yang dilihat melepasi Plaza Tol Jawi dekat sini kira-kira pukul 10 pagi.
Menurut beliau, pasukan itu membuat pemantauan untuk menjejaki kereta jenis Proton Waja bersama selaras senjata automatik milik anggota polis.
“Kita menggerakkan anggota untuk mengesan kereta itu selepas dimaklumkan orang awam terlihat kenderaan itu sebaik dilarikan dalam satu insiden di Ipoh beberapa jam sebelumnya.
-Kosmo
0 Komentar untuk "Polis P.Pinang buru penjenayah larikan kereta peronda"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info