Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Warga emas terkejut jumpa seikat wang

TEMERLOH - Seorang penoreh getah terkejut apabila menemui seikat wang kertas bernilai ribuan ringgit di tepi jalan utama ke bandar Temerloh dekat Kampung Padang Tenggala, di sini, tiga hari lalu.

Lelaki warga emas itu yang enggan dikenali berkata, dia menemui wang terbabit ketika menunggang motosikal melalui jalan berkenaan.

Menurutnya, pada awalnya, dia terpandang satu bungkusan kertas di tepi jalan, namun tidak menghiraukannya.

Warga emas terkejut jumpa seikat wang

“Ketika dalam perjalanan pulang, saya melalui jalan yang sama dan masa itu terdetik rasa hati untuk memberhentikan motosikal.

“Saya terkejut apabila melihat sejumlah besar duit bersama beberapa nota yang saya percaya ia adalah rekod urus niaga pemiliknya, saya terus mengambilnya dan berbincang dengan rakan,” katanya.

Menurutnya, dia mengambil keputusan menyimpan wang berkenaan dan menyerahkan kepada Sinar Harian untuk menghebahkan perkara itu kepada umum.

Katanya, pihak yang mahu menuntut mesti menyatakan dengan tepat jumlah wang itu sebelum berjumpanya di Kampung Bangau Parit.

Sehubungan itu, orang ramai yang kehilangan sejumlah besar wang dalam tempoh seminggu ini  supaya menghubungi Ketua Balai Polis Temerloh, Inspektor Irwan Sapawi untuk dibawa berjumpa lelaki yang menemui wang tersebut.

-Sinar Harian Online
4 Komentar untuk "Warga emas terkejut jumpa seikat wang"

baiknya hati pakcik ni,d bln baik ni smga pakcik ni mendapat ganjaran pahala dan betambah rezeki dr Allah S.W.T..Amin...

KALAU AKU YG JPA DUIT 2,AKU DIAM2 JE..REZEKI BULAN PUASA..

Allah nk uji...hebat pakcik tu..kerana duit,manusia boleh gelap mata...tp pakcik ni tidak

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info