Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Gambar-Gambar Ngeri Kemalangan di Sidam, Kedah

SUNGAI PETANI 4 Ogos - Empat sekeluarga maut manakala seorang lagi cedera parah apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Jalan Sidam Kiri - Sungai Petani di sini pada pukul 5.40 petang ini.

Tiga mangsa telah dikenal pasti sebagai Tan Jit May, 11, Tan Siew Chin, 45, dan Tan Soon Kin, 50, manakala identiti mangsa yang keempat masih belum diketahui.

Mangsa yang cedera dikenali sebagai Hon Guan Ting, 18.

Kesemua mangsa sedang dalam perjalanan dari Sidam Kiri ke rumah mereka di Pekan Lama, Sungai Petani.

Mayat-mayat dan mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini.



Sumber NST dan Utusan 4 Ogos 2013
0 Komentar untuk "Gambar-Gambar Ngeri Kemalangan di Sidam, Kedah"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info