Hebat juga penggiat di Forum Cari yang berjaya mendapatkan perkembangan terkini selebriti tanah air yang pernah popular satu ketika dahulu, Azah Aziz. Abang Nara pernah berkongsi gambar keluarga bahagia mereka satu ketika dahulu. Kini, Azah sedang menjalani kehidupan bersama keluarga tercinta di Montreal, Canada.
Salah satu gambar yang telah dikongsi oleh Azah Aziz menerusi akaun Instagramnya telah menimbulkan rasa kurang senang para peminatnya. Dengan hanya berbikini, Azah menulis caption yang bermaksud lebih kurang “Saya tahu di Malaysia adalah Ramadhan tetapi di sini sekarang sedang musim cuti“. Gambar tersebut telah pun dibuang oleh Azah.
Malah ada juga yang mempertikaikan kelibat Azah yang nampak seperti menghadiri parti bertemankan arak dan tidak mengikuti ajaran Islam. Bagi Abang Nara, kita tidak tahu dengan jelas apa yang Azah lakukan di sana. Pasti Azah selaku orang dewasa tahu baik buruk kehidupannya sendiri. Tak gitu?
Yang penting, Azah bahagia bersama suami dan anak-anak tercinta. Siapalah kita ini untuk menghukum dirinya.
-Beautifulnara.com
3 Komentar untuk "Gaya Hidup Azah Aziz Di Montreal Dipertikai Peminat"
no komen
moga akan diberi hidayah oleh Allah.
Amboiii... Da jd omputeh lah yewww....