Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Comel Sungguh Tun Dr Siti Hasmah Bertudung!


SEJAK beberapa hari lalu, ramai yang berkongsikan gambar bertudung Tun Dr Siti Hasmah yang juga isteri mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di sebuah majlis berbuka puasa menerusi akaun sosial mereka.

Kami yakin anda setuju jika kami katakan beliau kelihatan sungguh comel biarpun sudah menjangkau usia emas.

Tidak dapat dipastikan sama ada penampilan ini akan terus dikekalkan atau tidak, namun ramai yang mendoakan agar Tun Siti Hasmah akan terus bertudung selepas ini.

Apapun, jika benar beliau sudah mengubah penampilannya, tidak perlulah ada yang mempersoalkan ‘kenapa baru sekarang?’ atau ‘kenapa tidak dari dulu lagi?’.

Sebabnya, hanya Allah S.W.T sahaja yang layak untuk mengadili seseorang itu kerana dia lebih mengetahui perihal hamba-Nya.
sumber:http://mynewshub.my/main
0 Komentar untuk "Comel Sungguh Tun Dr Siti Hasmah Bertudung!"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info