Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Masjid At-Taqwa Nafi ‘Pilih Bulu’ Waktu Buka Puasa


Di sesetengah kawasan elit negara ini terutama di ibu negara, tak dapat dinafikan sesetengah masjid mempunyai ramai kariah yang terdiri daripada golongan berada.

Status kariah masjid ini dapat dilihat daripada kenderaan mewah yang mereka gunakan ketika mengunjungi masjid. Ini adalah perkembangan baik di mana ia menunjukkan tahap kesedaran agama dalam masyarakat kian tinggi tanpa mengira status ekonomi dan pangkat.

Bagaimanapun, timbul pula isu tertentu termasuk ‘pilih bulu’ ketika majlis berbuka puasa di masjid di mana seorang pengguna Facebook dikatakan telah memuat naik satu status kurang enak baru-baru ini.

Pengguna Facebook tersebut berkongsi pengalamannya dihalau apabila menghampiri meja golongan elit ketika menghadiri majlis berbuka puasa di sebuah masjid baru-baru ini.

Susulan itu, masjid terlibat iaitu Masjid At-Taqwa TTDI telah membuat penafian dan memberikan penjelasan menerusi komen Facebook bagi menjawab isu tersebut.

Kami percaya, kejadian ini hanya satu salah faham.

Apa pun didoakan semoga kita semua terus setia mengimarahkan masjid pada bulan ini untuk merebut manfaat Ramadan yang sangat besar.
sumber:MYNEWSHUB
1 Komentar untuk "Masjid At-Taqwa Nafi ‘Pilih Bulu’ Waktu Buka Puasa"

Najib pun makan sama2 dgn rakyat, anwar pun . krn ? kerana undi dan kerana tawaddhu. kedua2nya bagus. undi pun untung, tawaddhu pun untung - kedua2 dpt pahala. tapi org kaya2 ni tak perlu UNDI, jad depa tak kenal rakyat...biaq pi kat depa lah. Dah mai sembahyg tu dah dikira cantik....jangan berkira pasal makan sangat. makan , makan ...tak habis2 makan...

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info