Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Ezany & Lizda Bakal Bercerai?

 Haru juga dengar berita artis Ezany Ezariff dan isterinya Lizda Nuryati, dalam bulan yang mulia ini nampaknya seakan tidak memberi makna kepada mereka suami isteri kerana masaalah rumahtangga yang dihadapi mereka.

Menerusi portal rotikaya, seorang peminat hiburan telah berkongsi satu status terbaru di akaun Facebook milik pelakon Ezany dan status terkini isterinya, Lizda Nuryanti.

Ezany yang juga merupakan seorang usahawan memuat naik status ringkas berbunyi;

“It‘s over, the end. Berakhir sebuah cerita“ manakala isterinya menulis penjelasan sedikit panjang termasuk bait bait mengatakan rumahtangga mereka kini seakan berakhir.

Manakala dipihak isterinya pula;

“Liz baru balik dari menyembuhkan hati dan mencari kekuatan diri. Terlalu banyak yang berlaku dalam hidup ini, pasrah dan redha dengan ketentuan Allah selepas melalui proses perpisahan yang perit dalam rumahtangga,” tulis Lizda, namun status itu kemudiannya telah dipadam.

Tidak pasti apa sebenarnya apa yang terjadi dalam rumahtangga pasangan ini namun dari sumber yang menyampaikan, isteri Ezany dikatakan telah terlibat dengan satu 'urusan' wang ringgit bernilai ratusan ribu ringgit di kalangan rakan rakannya. Mungkinkah perkara ini menjadi punca?

Apapun, diharapkan perkara ini hanyalah gosip semata, di doakan semoga rumahtangga mereka akan kekal hingga ke jannah....insyaallah.
sumber:kezoom
0 Komentar untuk "Ezany & Lizda Bakal Bercerai?"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info