Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Hinanya… Barangan Mangsa Nahas MH17 Dicuri Penduduk Tempatan


Barangan peribadi milik mangsa pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 dilaporkan telah dicuri oleh sebilangan penduduk tempatan yang telah menceroboh kawasan nahas tersebut yang terletak di Donestk, timur Ukraine.

Menurut USA Today, pihak berkuasa tidak dapat memberikan jumlah sebenar barangan yang dicuri, tetapi menyifatkan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut boleh menganggu kelancaran proses penyiasatan nahas yang mengorbankan 298 nyawa pada Khamis lalu.

Pencuri mengambil kesempatan mencuri barang peribadi mangsa daripada beg-beg yang telah dikumpulkan oleh pihak penyiasat sejak semalam.

Menurut seorang ahli politik Ukraine, pelbagai barangan berharga yang dicuri adalah seperti wang tunai, barang kemas dan kad kredit mangsa.

“Saya telah menerima maklumat bahawa pengganas yang memburu harta orang mati telah mengumpul bukan sahaja wang tunai dan barang kemas penumpang, malah kad kredit mangsa nahas.

“Pada masa ini, mereka juga mungkin cuba untuk menggunakan kad kredit yang dicuri di Ukraineatau Rusia.

“Permintaan saya kepada waris mangsa untuk membekukan kad kredit mereka, supaya mereka tidak akan kehilangan aset kepada pengganas,” kata Anton Gerashchenko, penasihat kepada kerajaan Kiev kepada Agensi, Sabtu.
sumber:- MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Hinanya… Barangan Mangsa Nahas MH17 Dicuri Penduduk Tempatan"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info