Isu Sokong Israel – Pembaca Berita Mohon Usah Kritik Dirinya
DUA hari lalu, kami telah berkongsi artikel mengenai laporan berita Singapura yang dilihat menyebelahi Israel dalam pergolakan antara negara Zionis itu dengan Gaza.
Untuk makluman, Singapura merupakan sekutu kuat Israel dan mempunyai hubungan baik dengan negara itu.
Namun, tidak semua rakyat negara republik itu bersetuju dengan laporan berita saluran Suria itu.
Susulan perkara itu, pembaca berita saluran tersebut yang dikenali sebagai Riz Sunawan telah mendapat kritikan hebat kerana dikatakan tidak mempunyai pendirian sewaktu menyampaikan berita berkenaan.
Justeru, satu kenyataan telah dikeluarkan oleh pengendali Facebook ‘Singaporeans Stand With Palestine’ yang meminta orang ramai supaya tidak terus menyalahkan Riz.
Menurut mereka, pembaca berita itu hanya menjalankan tugas dan apa yang dikatakannya tidak menggambarkan pendirian peribadinya.
Biarpun ada yang bersetuju, ada juga yang masih tidak dapat menerima tindakan Riz tersebut dan menganggap ia sebagai bersubahat untuk menindas penduduk Gaza.
Pada masa yang sama, pembaca berita tersebut menerusi akaun Facebooknya turut meminta agar orang ramai berhenti menyalahkannya.
Agak sukar untuk kami membuat kesimpulan mengenai perkara ini kerana masing-masing dilihat mempunyai pendapat yang cukup kukuh.
Apapun, bersyukurlah kerana media Malaysia menunjukkan sokongan penuh terhadap rakyat Palestin yang tertindas selama ini menerusi laporan mereka.
sumber:MYNEWSHUB.MY
1 Komentar untuk "Isu Sokong Israel – Pembaca Berita Mohon Usah Kritik Dirinya"
BIASED ARTICLE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!