Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

‘Jaga Anak Kita Baik-Baik’, Pesanan Akhir Suami


SEMPORNA – “Jaga anak kita baik-baik,” itu antara pesanan terakhir anggota polis Marin, Koperal Ab Rajah Jamuan, yang terbunuh dalam serangan hendap di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul di sini.

Reda pemergian suami tercinta, isterinya, Salamah Amad 26, berkata Ab Rajah, 32, menitipkan pesanan itu ketika menghubunginya pada 10 malam tadi sambil mengatakan akan pulang ke rumah esok.

“Malam tadi juga saya terima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada suami yang mengatakan akan pulang ke rumah esok.

“Pada 1 pagi, saya terima maklumat, suami diculik sebelum mengetahui keadaan sebenar yang suami telah gugur ketika bertempur dengan penceroboh,” katanya kepada pemberita di kediamannya di Batu 2, Jalan Bubul di sini, hari ini.

Beliau berharap kumpulan penceroboh yang tidak bertanggungjawab itu akan mendapat hukuman yang setimpal daripada pihak berkuasa atas perbuatan jenayahnya itu.

“Saya kini hanya mampu mendoakan dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya dalam nada sendu.
sumber:http://mynewshub.my/main
0 Komentar untuk "‘Jaga Anak Kita Baik-Baik’, Pesanan Akhir Suami"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info