Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Jangan tiru Yahudi dan Kristian tabur bunga di kubur

Ramai yang tidak mengetahui amalan menabur bunga di kuburan adalah amalan Yahudi dan Kristian yang bertentangan dengan Islam. – Gambar AFP.

 Umat Islam yang menziarahi tanah perkuburan sempena Aidilfitri diingatkan supaya tidak menabur bunga di kuburan kerana ia amalan Yahudi dan Kristian.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Islam Kedah, Sheikh Ahmad Faisol Omar berkata perbuatan itu menyalahi ajaran Islam.

Beliau mengingatkan demikian dalam tazkirahnya pada Program Percambahan Ilmu anjuran bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bahagian Perlis, Pejabat Setiausaha Kerajaan Perlis dan Hotel Putra Palace di Kangar, hari ini.

Beliau seterusnya mengingatkan umat Islam agar banyak mengisi masa bulan Ramadan dengan membaca al-Quran untuk memperoleh ketenangan dan benteng menahan nafsu dan godaan iblis.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan kaum wanita Islam supaya menjaga adab berpakaian terutama pada Ramadan yang penuh dengan cabaran dan godaan.

“Mereka sepatutnya berpakaian sopan, bukan pakai yang menghairahkan,” katanya.

Ahmad Faisol berkata ramai kaum wanita yang diberi nikmat kecantikan menyalahgunakan nikmat tersebut dengan mempamerkan kecantikan mereka kepada umum sehingga memberi kesan buruk terhadap diri sendiri.
sumber: http://www.informasi.my/
0 Komentar untuk "Jangan tiru Yahudi dan Kristian tabur bunga di kubur"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info