Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Jason Biggs Mohon Maaf Buat Lawak Bodoh Nahas MH17



Pelakon filem francais American Pie, Jason Biggs akhirnya membuat permohonan maaf selepas membuat lawak bodoh berikutan insiden nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang terhempas di timur Ukraine, Khamis lalu.

Sejurus mengetahui insiden tersebut, Biggs menulis di laman Twitternya, “anyone wanna by myMalaysia Airlines frequent flier miles?” (ada sesiapa nak beli tiket penerbangan kerap MAS saya) yang mendapat kecaman daripada peminatnya di seluruh dunia.

Semalam, Biggs membuat kemunculan dalam program The View dengan menyatakan, “saya tidak bermaksud apa-apa (dengan tulisan lawak tersebut), saya kurang bijak, kerana benda itu sangat sensitif dan lawak saya memang tidak kena tempatnya”.

“Saya sangat bersimpati dengan nasib mangsa nahas MH17 dan keluarga mereka,” ujarnya lagi. sumber:MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk " Jason Biggs Mohon Maaf Buat Lawak Bodoh Nahas MH17"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info