Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Messi Menang Anugerah, Gagal Tersenarai Pemain Tersohor


RIO DE JANEIRO – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menganugerahkan Lionel Messi‘Bola Emas’ selaku pemain terbaik kejohanan, pagi tadi selepas mengetuai Argentina ke final di Stadium Maracana sebelum tewas kepada Jerman 1-0 dalam masa tambahan.

Pemain terbaik dunia empat kali itu gagal menyinar ketika menandingi anak didik Joachim Loew tetapi berjaya menyumbat empat gol daripada enam oleh pasukan dalam peringkat kumpulan.
Dia turut merencanakan gol kemenangan pasukan ketika mengatasi Switzerland 1-0 dalam saingan kelompok 16 terakhir apabila membuat umpanan baik kepada Angel Di Maria untuk gol tunggal pada perlawanan berkenaan.

Messi juga menggalas tanggungjawab besar membimbing pasukan mengatasi Belanda dalam penentuan sepakan penalti di separuh akhir.

Dia gagal dalam memahatkan namanya dalam buku sejarah selepas perlawanan akhir itu memberi dia peluang terbaik untuk sertai senarai pemain tersohor Piala Dunia selepas pemain berusia 27 tahun itu merakamkan segala detik gemilang bersama Barcelona.

Pele, Zinedine Zidane dan Ronaldo – semuanya berjaya menjaringkan gol dalam final manakala Diego Maradona mencipta gol yang mengesahkan kemenangan Argentina selaku juara Piala Dunia 1986. Tapi, Messi dibayangi gol masa tambahan oleh Mario Goetze yang memberi Jerman gemilang di bumi Amerika.

INFO
Senarai anugerah FIFA 2014
Pemain terbaik kejohanan: Lionel Messi (Argentina)
Penjaring terbanyak: James Rodriguez (Colombia) – 6 gol
Penjaga gol terbaik: Manuel Neuer (Jerman)
Pemain muda terbaik: Paul Pogba (Perancis)
Anugerah Fair Play: Colombia
sumber: http://mynewshub.my/main
0 Komentar untuk "Messi Menang Anugerah, Gagal Tersenarai Pemain Tersohor"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info