Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Qi Razali Buat Nelydia Menangis Di Hadapan Orang Ramai?


Adatlah dalam berkasih, mana ada hubungan yang sentiasa ‘sweet’ je kan, pasti akan ada juga pergaduhan manja yang disusuli dalam sebuah perhubungan itu.

Perkara ini juga tidak terkecuali buat pasangan kekasih Qi Razali dan Nelydia Senrose yang dikatakan bertengkar di sebuah kompleks membeli belah di ibu negara di hadapan orang ramai, baru-baru ini.

Malah, yang lebih menghangatkan cerita, pergaduhan mereka itu turut menyebabkan pelakonwanita itu menangis tersedu-sedan sambil diperhatikan sebahagian peminatnya yang kebetulan berada di situ.

Mengulas mengenai perkara itu, Nelydia tidak menafikan dirinya bergaduh dengan Qi tetapi menyifatkan perkara itu adalah sesuatu yang normal dalam hubungan mereka.

“Saya tidak terkejut sama sekali isu ini timbul kerana ia perkara normal dan ianya berlaku sangat pantas. Pada saya, normal jika sepasang kekasih berselisih faham tetapi perselisihan faham itu bukan kerana hubungan kami ada masalah, sebaliknya kerana isu luar yang lain,” katanya memetik portal Gua.

Walaupun begitu, Nelydia mengakui hubungan mereka masih lagi berjalan seperti biasa dan baik seperti sebelum ini dan berharap peminat yang terlihat insiden pergaduhan mereka tidak salah faham di atas situasi tersebut.

Dah namanya public figure, pastinya segala tingkah laku dan kelakuan selebriti di luar waktu kerja tetap menjadi perhatian peminat mereka, jadi diharapkan Qi dan Nelydia tidak lagi bergaduh di khalayak ramai, pandai-pandailah jaga diri dan jaga hubungan kalian ya! 
sumber- MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Qi Razali Buat Nelydia Menangis Di Hadapan Orang Ramai?"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info