Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Rozita Che Wan Sudah Penat Berlakon


Pelakon Rozita Che Wan membuat keputusan ingin memperlahankan kerjaya lakonannya kerana ingin memberi fokus dengan syarikat produksi Padusi Picture Sdn Bhd yang baru ditubuhkan pada Mac lalu.

Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta, 41, berkata, dia ingin memberi fokus sepenuhnya terhadap keluarga dan perniagaan barunya itu yang ditubuhkan bersama dengan rakan kongsi yang juga merupakan pengurusnya sendiri iaitu Afeeq Abd Wahab.

"Saya dah tak larat nak berlakon dan kalau boleh saya mahu fokus pada anak-anak dan suami selain menguruskan perniagaan tudung Padusi dan syarikat produksi yang baru ditubuhkan.

"Alhamdulillah, setakat ini kami telah menerbitkan sebuah program memasak iaitu Resipi Memikat Suami (siaran Astro Ria) yang dikendalikan oleh Jihan Musa dan kami mendapat respons yang sangat bagus daripada penonton.

Program yang menampilkan pelbagai artis undangan di mana mereka akan memasak untuk makan malam buat pasangan mereka itu kini sedang bersiaran setiap Isnin dan Selasa pada pukul 6 petang.
sumber: http://www.mstar.com.my/
0 Komentar untuk "Rozita Che Wan Sudah Penat Berlakon"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info