Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Sambut Aidilfitri Dengan Trend Baju Melayu Tanpa Lengan


Dalam sedar tak sedar sudah 17 hari umat Islam berpuasa, dan pastinya ramai yang dah sediakan persalinan baju raya baharu yang akan dipakai pada pagi 1 Syawal.
Baik lelaki mahupun wanita, semuanya tak mahu kalah dalam bergaya.

Seperti fesyen baju raya untuk wanita yang terdapat dalam pelbagai pilihan warna dan gaya terbaharu, begitu juga dengan trend baju Melayu untuk digayakan para jejaka di luar sana.

Jika dahulu baju Melayu hanya terdapat dalam dua pilihan iaitu baju Melayu Cekak Musang dan baju Melayu Teluk Belanga, tetapi seiring dengan kreativiti pereka fesyen, pelbagai gaya terbaharu baju Melayu telah diperkenalkan.

Antaranya, baju Melayu tanpa lengan yang didatangkan dalam pelbagai warna dan corak menarik untuk menarik perhatian pembeli di luar sana.





Bagi penulis, walaupun mungkin ada yang menggemari rekaan terbaharu baju Melayu moden ini, namun penulis lebih menyukai baju Melayu tradisional yang dirasakan lebih menarik dan segak dipakai biarpun fesyennya masih lagi kelihatan sama seperti dahulu sejak zaman berzaman lagi.
Tapi, terpulanglah pada pembaca, tepuk dada tanya selera baju Melayu yang macam mana jadi pilihan anda ya! 
sumber– MYNEWSHUB.MY
2 Komentar untuk "Sambut Aidilfitri Dengan Trend Baju Melayu Tanpa Lengan"

tiada nilai kemalayuan la bro..

kalo org nak pakai pun sbb nak tunjuk biceps je. puihh!

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info