Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Tinggalkan Melodi Bukan Sebab Duit


Sebelum ini banyak teka-teki timbul apabila Zizan Razak meninggalkan prog­ram hiburan Melodi. Hakikatnya, sebelum ini yang kecoh dikatakan bakal meninggalkan Melodi ialah Awal Ashaari, tiba-tiba rakannya Zizan yang keluar.

Zizan dalam kenyataannya sebelum ini mengatakan sa­ngat sedih meninggalkan Melodi. Baginya, rancangan itu banyak jasanya dalam me­ngembangkan dan mengangkat statusnya sebagai artispopular sehingga menang anugerah.

Begitupun, sebab sebenar dia meninggalkan rancangan itu tidak diberitahu secara menyeluruh.

Kebetulan, baru-baru ini sewaktu bertemu orang kuat program Melodi, Cik Pang sempat juga bercerita mengenai perubahan yang berlaku dalam ranca­ngan itu, terutama membabitkan pengacara baru, Sherry dan Zulin Aziz berganding dengan Awal.

Orang kuat Melodi itu berkongsi cerita dan menafikan Zizan ‘demand’ dengan meminta bayarantinggi sebagai punca dia meninggalkan Melodi.

Bagaimanapun, secara samar dia mendedahkan, kontrak ditandatangani Zizan sebagai artis di bawah Astro menjadi antara faktor penyumbang.

Begitupun, ia tidak boleh dijelaskan dengan lebih lanjut kerana membabitkan banyak perkara teknikal.

Cik Pang sedih juga apabila perkara seperti itu berlaku,tetapi hendak buat macam mana. Anggap saja rezeki dan jodoh Zizan dengan Melodi hanya setakat itu. Sebelum ini pun Melodi bertukar ganti ramai orang.

Kalau rindu sekali pun, pihak produksi boleh me­ngundang Zizan sebagai pe­ngacara undangan sekali sekala, seperti dilakukan Fauziah Datuk Ahmad Daud mahupun pengacara Melodi lain sebelum ini.
sumber: – myMetro Online
0 Komentar untuk "Tinggalkan Melodi Bukan Sebab Duit"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info