Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

23 Mujahid Al-Qassam Terselamat Dari Runtuhan Terowong Setelah 13 Hari Terperangkap


Satu kejadian yang tidak disangka berlaku apabila sekumpulan mujahidin dari pergerakan Al-qassam seramai 23 masih hidup walaupun terperangkap selama 13 hari disalah sebuah terewong yang menyeberangi sempadan Gaza dan Israel untuk menyerang askar Zionis Israel. Peristiwa ini adalah salah satu daripada kisah-kisah yang menceritakan tentang karamat Allah S.w.t kepada hamba-hambanya yang berjuang di jalan-NYA.

Salah seorang daripada Mujahid Al-Qassam memberitahu bahawa, Peristiwa ini berlaku apabila jalan keluar dan masuk salah satu terowong ini dimusnahkan oleh tentera Zionis Israel dan menyebabkan mereka iaitu 23 orang Mujahidin ini terperangkap di dalamnya. Kedalaman terowong bawah tanah itu dipercayai sedalam 25 meter dari permukaan tanah.
Wakil bilik gerakan pergerakan Al-Qassam memberitahu bahawa, sejak hari pertama mereka dihantar untuk melakukan serangan keatas tentera Zionis Israel melalui terowong ini, hubungan diantara mereka dan kumpulan 23 Mujahidin ini terputus disebabkan runtuhnya jalan keluar dan masuk terowong ini setelah di Bom oleh tentera zionis. Maka dengan itu, mereka menyangka 23 mujahidin ini telah pun syahid.
Pihak Al-Qassam menjalankan carian terhadap 23 mujahidin ini setelah genjatan senjata dipersetujui antara Hamas dan Israel. Operasi mencari ini adalah untuk mencari jasad mereka yang tertimbus. Namun apa yang mengejutkan ialah, apabila kami menjumpai mereka iaitu 23 orang Mujahidin ini berada dalam keadaan sihat sepanjang tempoh 13 hari mereka terperangkap didalam terowong ini.
Selain daripada itu, salah seorang daripada 23 Mujahidin ini berkata, bahawa sesungguhnya pertolongan ALLAH itu ada. Allah telah memudahkan urusan dan keperluan mereka selama mereka terperangkap didalam 'perut bumi' ini. Kebetulan pada waktu itu adalah pada bulan Ramadhan, maka setiap daripada kami membawa bekal sedikit buah Tamar (kurma), sepanjnag kami terperangkap dalam terowong itu, kami makan separuh daripada buah kurma yang kami bawa itu setiap hari. Manakala sumber minuman pula kami mendapatkanya daripada punca airmata air yang mengalir di kawasan terowong itu, maka kami mengambilnya dengan menggunakan cebisan daripada baju dan setiap daripada kami meminumnya dalam anggaran separuh gelas setiap hari.
Beliau menambah lagi " sesungguhnya kejadian ini menjadi bukti kepada seluruh penduduk Palestin khususnya dan seluruh umat islam Amnya, bahawasanya ALLAH bersama kita dan DIA (ALLAH) tidak sesekali meninggalkan kita dengan sia-sia , Sesungguhnya Sebaik-baik pertolongan itu adalah pertolongan daripada ALLAH ".
sumber: http://blogizwan.blogspot.com/
0 Komentar untuk " 23 Mujahid Al-Qassam Terselamat Dari Runtuhan Terowong Setelah 13 Hari Terperangkap"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info