Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

3 Gambar Banjir Kilat Di Cheras Leisure Mall 24 Ogos 2014

Gambar banjir kilat di Cheras Leisure Mall, KL pada petang ahad 24 Ogos 2014.

Hujan lebat yang berterusan dari petang tadi telah menyebabkan banjir terutamanya di kawasan berhampiran bulatan Cheras Leisure Mall. Paras air juga meningkat naik pada paras pinggang sehingga menenggelamkan beberapa buah kenderaan dan motorsikal dilaluan berkenaan.

Banyak pihak menyalahkan pihak MRT di atas kecuaian dan kegagalan sistem perparitan yang sempurna dan seringkali menyebabkan perkara yang sama berlaku.

Dalam pada itu, disebabkan banjir tersebut, siaran Astro dilaporkan telah tergendala bermula pada pukul 8.00 malam.

Ekoran itu, pihak Astro telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa akan membaik pulih siaran Astro dalam masa terdekat. Menerusi komen pengguna, ribuan pengguna Astro menyatakan rasa tidak puas hati berhubung isu tersebut.
sumber: kezoom
0 Komentar untuk "3 Gambar Banjir Kilat Di Cheras Leisure Mall 24 Ogos 2014"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info