Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Adi Fashla (DJ Era FM) Patah Jari Kemalangan Di Karak


Penyampai radio Era FM, Adifashla Juraimi, 36, (Adi Fashla) patah sebatang jari dan cedera di bahu kiri gara-gara kemalangan di Lebuhraya Karak berdekatan Bukit Tinggi, jam 10 pagi tadi.

Kemalangan berlaku apabila motosikal berkuasa tinggi jenis BMW HP4 yang ditunggang Adi terbabas selepas melanggar sebuah kereta.
 


Motosikal kesayangan Adi dikatakan pecah di bahagian fairing ekoran kemalangan ini.

Mengikut temubual Adi Fashla bersama sebuah akhbar tempatan sebelum ini, dia dan rakan-rakan sememangnya gemar berkonvoi ke Genting Highlands pada setiap Sabtu dan Ahad.

Semoga pengalaman ini menjadikan Adi lebih berhati-hati pada masa hadapan dan tidak melunturkan minatnya terhadap motosikal berkuasa tinggi. 
sumber- MYNEWSHUB.MY
1 Komentar untuk "Adi Fashla (DJ Era FM) Patah Jari Kemalangan Di Karak"

KUALA TERENGGANU - Seorang remaja perempuan hidup dalam ketakutan selepas tindakannya menghantar gambar bogel kepada teman lelaki baru dikenali mengundang padah apabila dirinya diaibkan susulan penyebaran gambar tersebut.
Berita penuh --> www.sinarharian.com.my/bimbang-gambar-bogel-tersebar.html

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info