TAHNIAH kami ucapkan kepada pengacara dan personaliti TV, Ally Iskandar dan isterinya, Nurfarahin Romli (Farah Lee) yang kini bergelar ayah dan ibu dengan kelahiran bayiperempuan mereka, semalam.
Bayi perempuan itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di Shah Alam, memetik laporan Murai.com.
Menurut Ally, tarikh kelahiran yang dijangkakan oleh doktor ialah pada 30 Julai lalu.
Mengakui yang dia agak terganggu sebelum ini kerana memikirkan keadaan isterinya yang sedang sarat, pengacara itu menyifatkan kehadiran anak sulung mereka itu menyerikan lagi rumahtangga mereka.
Pasangan itu bernikah pada 20 Januari 2012 di Masjid Kristal, Kuala Terengganu.
sumber: http://mynewshub.my
0 Komentar untuk "Ally Iskandar Dan Farah Lee Sambut Kehadiran Ahli Baru"