Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Amah Melecur Disimbah Air Panas Oleh Majikan


 Seorang pembantu rumah dikejarkan ke hospital hari ini selepas didapati melecur di bahu kanan, leher dan tangan akibat disimbah air panas oleh majikannya di sebuah pangsapuri di Jalan Bukit Bendera, Air Itam di sini.

Wanita berusia 22 tahun itu turut mendakwa dalam kejadian Rabu lepas, tangan dan kakinya diikat dan mangsa hanya dapat melarikan diri awal pagi ini selepas suspek meninggalkan rumah itu semalam untuk pergi bercuti.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superitendan Rahman Ahmad berkata keadaan mangsa kini stabil selepas dihantar ke sebuah hospital di sini dengan bantuan orang awam kira-kira jam 1.30 pagi ini.

“Kami mendapat maklumat kejadian daripada pihak hospital dan soal siasat mendapati suspek adalah seorang wanita serta belum berkahwin,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Katanya dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang majikan terbabit dikatakan marah kerana mangsa tidak mengemas rumah dengan baik sebelum menyimbahnya denganair panas.

Wanita itu turut mendakwa diikat selama beberapa jam dan hanya diberikan plaster untuk merawat kecederaan yang dialaminya dan mengadu pernah dipukul beberapa kali sebelum ini, kata Rahman.

Katanya mangsa juga merupakan anak yatim piatu dan bekerja di rumah berkenaan sejak setahun lalu.

“Polis sedang menyiasat motif kejadian dan sedang mengesan majikan wanita itu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA
sumber:http://mynewshub.my
0 Komentar untuk " Amah Melecur Disimbah Air Panas Oleh Majikan"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info