Adatlah kalau mengamalkan hidup berpoligami, si suami kena sentiasa berlaku adil terhadap isteri-isteri yang dikahwini.
Perkara ini turut sama dilalui pelakon Ashraf Muslim yang mengakui dia berasa penat sepanjang hari lebaran lalu berikutan perlu berkejar demi kedua-dua isteri tercinta.
Menurutnya, pada hari raya pertama tahun ini, Ashraf terlebih dahulu menyambutnya bersama keluarga isteri pertama Noor Dayana Lokman di Gombak dan selepas itu barulah pula dia bergerak keseorangan ke Ipoh, Perak untuk beraya bersama keluarga isteri kedua, Wan Sakinah dan anak, Sarah Ashraf.
Memetik portal Murai, Ashraf menceritakan pengalaman berayanya, “terus-terang pertama kali beraya bersama-sama kedua-dua keluarga isteri saya memang agak memenatkan kerana daripada hari raya pertama hingga ketiga saya terpaksa bergerak ke tiga-tiga negeri”.
“Bayangkan hari raya pertama saya beraya dengan keluarga isteri pertama iaitu keluarga Dayana di Kuala Lumpur, kemudian hari raya kedua pula saya seorang bergerak ke Ipoh untuk beraya bersama isteri kedua saya Wan Sakinah, anak dan keluarganya.
“Kemudian hari raya ketiga pula saya perlu ambil dan bawa kedua-dua isteri saya untuk keMelaka dan beraya di rumah keluarga saya di sana. Keesokkan kami beraya di beberapa rumah keluarga saya yang terletak di Johor dan sebagainya hinggalah pulang pada hari raya ke-6.
“Meskipun penat, tapi sebenarnya dari segi mental dan fizikal saya sendiri sudah bersedia. Cuma lebih efisien kepada anak saya yang baru berusia empat bulan kerana dia masih kecil dan agak renyah untuknya bergerak ke sana ke sini,” katanya.
Syawal kali ini juga amat bermakna buat Ashraf kerana meraikannya bersama anaknya, Sarah yang lahir pada April lalu selain dapat bersama-sama berkumpul dengan keluarga besarnya, keluarga mertua sebelah Dayana dan juga Wan Sakinah.
sumber- MYNEWHSUB.MY
0 Komentar untuk "Ashraf Muslim Penat Terpaksa Berkejar Demi 2 Isterinya"