Kerajaan sudah pun memulakan langkah memantau kemungkinan berlaku kemasukan individu yang dijangkiti penyakit Ebola melalui pemerhatian di pintu masuk utama NEGARA.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka yang tiba keMALAYSIA dari FILIPINA, Amerika Syarikat (AS) dan Britain kini turut melalui saringan kesihatan dan pemantauan itu.
Peralatan yang boleh memantau suhu individu yang tiba dari LUAR negara sudah diletakkan di Lapangan Terbang Antarabangsa KUALA LUMPUR (KLIA) bagi memudahkan pengesanan awal mereka yang berkemungkinan dijangkit.
Selain itu, pemantauan turut dilakukan berikutan laporan berkenaan lima rakyat Filipinayang baru-baru INI tiba dari SIERRA LEONE ditempatkan di bawah pemerhatian.
Dr Noor Hisham berkata, biarpun Ebola pada masa ini dilihat bertumpu di kawasan-kawasanAFRIKA Barat, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi peringatan kepada negara anggota untuk meningkatkan tahap kesediaan mereka.
“Kementerian telah mengaktifkan langkah-langkah persediaan di pintu masuk utama negara dan institusi kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan MEDIA semalam.
sumber: – MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Ebola : Kerajaan Sudah Mula Pantau Pintu Masuk Utama"