Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Erma Fatima Nafi Fail Cerai

 Erma Fatima menerusi sebuah akhbar menafikan dan menyelar laporan kononnya dia akan memfailkan cerai terhadap suaminya, Badaruddin Azmi. Menurut Erma, gosip berkenaan tidak benar sama sekali selain menyifatkannya sebagai karut.

"Fail cerai? Siapa yang kata? Saya sendiri tidak tahu menahu mengenai perkara ini macam mana pula orang lain lebih tahu?

"Saya belum baca gosip berkenaan tetapi apa yang ditulis itu tidak benar,"

Menerusi laporan ruangan gosip sebuah akhbar mingguan, Erma turut dikatakan sedang mencari peguam untuk menguruskan permohonan perceraiannya itu terhadap Bade.

Tindakan Erma itu dikatakan berpunca daripada tekanan hidup bermadu dengan Aida Abdullah yang dikahwini Bade pada Mac lalu selain wanita berkenaan kini hamil.

Dalam pada itu, Erma menjelaskan, perkahwinannya bersama Bade tidak mempunyai sebarang masalah dan pelik bagaimana cerita berkenaan timbul.

Tambah Erma lagi, dia juga tidak mengetahui siapakah dalang disebalik penyebaran gosip tersebut yang dikatakan teman rapatnya namun enggan melayan gosip seperti itu.

"Saya juga tidak mengetahui siapakah dalang disebalik penyebaran gosip tersebut.

"Saya tidak mahu komen panjang mengenai perkara ini dan biarlah apa orang hendak kata," jelasnya.

Erma sebelum ini mengakui memberi keizinan dan kebenaran kepada Bade untuk berkahwin dengan Aida Mac lalu dan meminta agar semua pihak mendoakan kebahagian pasangan tersebut.

Pasangan itu berkahwin sejak 24 tahun lalu dan mempunyai lima orang anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 21, Ahmad Arir, 19, Ahmad Aifin, 17, Citra, 12 dan Nurain kini berusia lapan tahun.

sumber:kezoom
0 Komentar untuk "Erma Fatima Nafi Fail Cerai"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info