Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Ezad Lazim Semakin Kurus Kerana Sakit?

Jelas kelihatan berbeza wajah terkini penyanyi kumpulan Exists, Ezad Lazim yang mengakui tidak begitu sihat akibat kandungan gula dalam darah agak tinggi.

Namun begitu, Ezad turut mengakui dirinya kini mula mengamalkan gaya hidup sihat demi anak sulungnya yang kini mencecah usia lapan bulan. Ketika ditemui baru-baru ini, susuk tubuhnya yang semakin susut menunjukkan bahawa dia sangat keletihan.

“Saya memang tak berapa sihat akhir-akhir ini. Lagipun isteri saya berkerja, jadi saya ambil tanggungjawab untuk menjaga anak kami yang dah masuk usia lapan bulan. Baru saya tahu susah rupanya jaga anak.

"Tapi bagaimanapun saya dah mula mengawal pemakanan saya agar lebih sihat. Anaklah semangat untuk saya mengamalkan gaya hidup sihat,” jelas Ezad.

Dalam perkembangan lain, Ezad dan kumpulan Exists akan mengadakan sebuah showcase di Hard Rock Café Melaka pada 24 September ini.

Persembahan yang mengambil masa dua jam itu akan menyaksikan kumpulan Exists mendendangkan lagu-lagu yang pernah menaikkan nama mereka memetik laporan Gua.com.

sumber: kezoom
0 Komentar untuk " Ezad Lazim Semakin Kurus Kerana Sakit? "

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info