Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Gambar sungai berdarah setiap jam 5 pagi



Penduduk di kampung Xinmeizhou, wilayah Zhejiang, China terkejut dan bingung apabila air sungai di perkampungan mereka tiba-tiba berubah menjadi merah seperti darah.

Seorang penduduk Na Wan berkata, air sungai tersebut akan berubah warna tepat pada jam 5 pagi setiap hari.

“Setiap jam 5 pagi sungai itu dipenuhi dengan botol plastik dan mengeluarkan bau busuk,” katanya kepada China Times.

Menurutnya, sungai ini merupakan punca rezeki buat penduduk kampung di sini kerana ia sebelum ini tidak pernah tercemar dan airnya juga digunakan untuk memasak.



“Kini kami tidak boleh menjala jauh sekali untuk menggunakan air sungai ini,” katanya dengan kesal.

Sementara itu, pakar alam sekitar mengesyaki, perubahan air itu berpunca daripada tindakan individu tidak bertanggungjawab yang telah membuang sisa buangan pepejal ke sungai berkenaan.

“Kami sudah mengambil sampel air berkenaan. Ia mengandungi bahan yang biasanya digunakan untuk pewarna makanan. Tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap kilang berhampiran kerana ia mencemarkan sungai sekali gus mengundang risiko penyakit buat penduduk di perkampungan ini,” katanya. Sinar, Dailymail.
sumber: http://newsredapple.blogspot.com/
0 Komentar untuk " Gambar sungai berdarah setiap jam 5 pagi"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info