Kisah pasar raya menipu dengan cara mengelirukan pengguna menggunakan tanda harga memang bukan cerita baru.
Ada tu pula konon-konon buat jualan murah dengan memberi potongan harga tapi selepas diperiksa rupa-rupanya harga diberikan sama sahaja cuma harga asal ditipu.
Terbaru, seorang pengguna di Nilai, Negeri Sembilan membongkar penipuan dilakukan sebuah pasar raya terkemuka yang membuatkan pelanggan membayar harga lebih tinggi daripada harga dipamerkan pada produk.
Ini boleh dianggap satu penipuan terancang memandangkan kita sedia maklum, pelanggan terutama yang membeli banyak barang jarang sekali memeriksa harga pada senarai barang yang dibayar.
Walau pun ia cuma melibatkan penipuan beberapa sen, kalau dihimpun semua harga yang ditipu ini banyak juga duit pelanggan yang dah dikapur kan?
sumber: – MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk " Harga Bertukar Masa Bayar: Pasar Raya Terkenal Tipu Pelanggan"