Subhanallah, sejak krisis Israel berlaku di bumi Semenanjung Gaza, rupa-rupanya Allah gantikan para syahid dengan lebih ramai warga Palestin yang bakal bangkit menentang kekejaman rejim Zionis itu.
Memetik laman web Middle East Monitor, Timbalan Menteri Kesihatan Palestin Yusuf Abu Rish berkata, sejak bermula konflik terbaru Israel, 4,500 kelahiran bayi direkodkan diSemenangjung Gaza.
Dalam serangan bertubi-tubi Israel, seramai 1,890 orang penduduk Gaza telah terkorban dan sebahagian daripadanya ialah 432 kanak-kanak.
Lihatlah bagaimana Allah membalas, menggantikan nyawa syahid yang meninggal dunia dibunuh Israel. Allah berikan kembali ganti, lebih banyak dan pastinya lebih baik dan hebat.
Berita berkenaan dikongsikan di laman Facebook Aqsa Syarif pada hari semalam.
Israel mula menyerang Gaza pada 7 Julai lepas melalui serangan udara dan darat yang berlarutan selama 29 hari sebelum gencatan senjata selama 72 jam bermula hari ini.
Dalam konflik itu, lebih 10,000 orang kebanyakannya orang awam mengalami pelbagai kecederaan.
Terdapat kira-kira 1.8 juta orang penduduk mendiami Gaza, menjadikannya satu daripada lokasi paling padat penduduknya di dunia.
sumber:– MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Israel Bunuh Lebih 1,000 Orang, Allah Gantikan 4,500 Kelahiran"