Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Jaclyn Victor Pilih Penyanyi AS Sebagai Suami


Penyanyi popular, Jaclyn Victor, sebentar tadi memperkenalkan suaminya, Shawn Rivera, 43, yang juga vokalis kumpulan R&B terkenal Amerika Syarikat, Az Yet, dalam sebuah majlis yang berlangsung di Istana Budaya (IB).

Jaclyn atau Jac, 36, memaklumkan, upacara perkahwinan mereka diadakan di sebuah gereja bersejarah di Philadelphia, Amerika Syarikat, 19 Julai lalu.
Berkongsi cerita mengenai pernikahannya, bekas bekas juara Malaysian Idol musim pertama ini berkata, beliau merahsiakan mengenai perkahwinan itu atas kehendak diri dan ibunya.

“Saya lebih suka jika majlis ini dibuat secara lebih intim dan ia hanya dihadiri oleh 35 anggota keluarga terdekat.

“Hanya selepas segala-galanya selesai barulah saya bersedia untuk memperkenalkannya kepada semua pihak,” katanya.

Pasangan itu mula berkenalan ketika sama-sama terbabit merakamkan lagu runut bunyi filem Ribbit berjudul Magical Moments, awal tahun lalu.

Rivera yang juga komposer dan penulis melamar penyanyi lagu Gemilang itu sekitar Ogos tahun lalu, selepas tujuh bulan bercinta. - Berita Harian
sumber: http://mynewshub.my
0 Komentar untuk "Jaclyn Victor Pilih Penyanyi AS Sebagai Suami"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info