Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Julia Ziegler Kongsi Mesej Peminat Terdesak Ajaknya Keluar


KALAU sudah bergelar selebriti jelita, pasti ramai yang cuba mendekati walaupun dengan apa jua cara.

Pelakon kontroversi Julia Ziegler juga tidak terkecuali daripada menjadi ‘mangsa’ individu yang terdesak seperti ini.

Menerusi akaun Instagramnya, pelakon itu telah berkongsi satu ‘screenshot’ mesej yang dihantar oleh seorang peminat kepadanya.


Peminat tersebut sanggup menawarkan RM100,000 dengan alasan mahu menjadikan Julia duta kepada produk baru keluarannya.

Apabila tidak mendapat balasan, dia menawarkan pula beg jenama Chanel asalkan pelakon itu sanggup keluar dengannya.
Malangnya, rayuan itu tidak mendapat perhatian Julia yang menyifatkan peminat tersebut ‘salah orang’ dan melucukan.
Baguslah, jangan dilayan orang sebegini. Entah betul atau tidak…
sumber:MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Julia Ziegler Kongsi Mesej Peminat Terdesak Ajaknya Keluar"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info