Satu kisah kini menjadi viral di facebook. Kisah seorang gadis (kini isteri orang) yang hanya bertunang sesaat kemudian terus bernikah atas permintaan bapanya sendiri. Yeaa...setuju....kahwin itu sebenarnya mudah. Apapun, kita ikuti kisah dibawah.
Kawin itu mudah kalau kita mudahkan!
1/3/2014 tarikh sepatutnya aku bertunang dengan suami aku,
tapi lepas sesi sarung cincin dari mak mertua, ayah aku panggil suami aku dtg dekat dia, depan tetamu semua dia tanya..
"mu nak nikah tak harini?"
Suami aku dengan terkejut terus angguk, sapa taknak kan?? haha. Ayah aku pun panggil seorang ustaz yang kebetulan sepupu suami aku, dia tanya "ustaz apa hukum saya bagi anak saya kawin hari ni, saya dah ada 3 saksi dan saya wali dia?"
ustaz tu cuma jawap " boleh, memang sah, tapi x pernah orang buat"
ayah aku jawap "orang tak buat biar saya buat" dan paling best family mertua aku semua sokong, ALHAMDULILLAH dapat keluarga mertua yang terbuka juga, dan kebetulan suami aku memang simpan dinar emas dalam dompet, dia keluarkan jadikan mas kawin, dan ayah aku la yg jd tok kadi, dialah yang bagi khutbah nikah, dialah yang akadkan nikah aku mudah tak nak halalkan hubungan? mudah sangat kalau kita mudahkan.
Inilah kisah bertunang sesaat, ayah aku nikahkan pun cuma nak bagi aku dating secara halal,sebab dia tahu anak dia ni tak baik mana, takut seludup keluar dating berdua,
Ya! ada yang cakap dan hina kata ayah aku gelojoh, ada jugak yang RESPECT dengan tindakan gelojoh ayah aku,
10/5/2014 alhamdulillah,aku dah selamat nikah mengikut cara rasmi di malaysia, memang tak perlu pun rasmi tu,tapi dah kita hidup dalam negara macam ni, kita ikutlah,
sempoi tak baju nikah aku pertama aku?, suami aku dengan kemeja, aku dengan kurung moden jeee. inilah kisah yang aku akan simpan untuk cerita dekat anak-anak dan cucu cicit kalau umur panjang,
kisah tak berapa menarik tapi sedikit RARE lah kot,insyaALLAH, cerita ni bukan untuk riak atau bangga, tapi untuk mengubah minda kita yang dijajah, nak kawin susah, susah susah, jadi berzina itu jadi mudah!
*update: 10/5/2014 nikah rasmi itu ialah saya nikah semula dimana lengkap dengan cop imam, surat pej agama,hiv test dan krusus kawin dan lain2 bagi memenuhi prosedure perkahwinan di malaysia
sumber:kezoom
Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini
Popular Posts
-
Wajah Sebenar Ayah Benjy Terbongkar | Si pelakon itu sangat bernasib malang kerana telah melahirkan seorang anak lelaki yang dianggap tida...
-
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui mati selepas ditinggalkan selama lebih lapan jam di dalam kereta milik bapanya di kaw...
-
Bekas pelajar Melbourne University, Elaine Teoh, dan teman lelakinya Emiel Mahler, yang terkorban dalam tragedi MH17 merupakan pasangan keka...
-
Bapa Ini Tidak Pernah Mengakui Benjy Sebagai Anak Kandungnya...Kenali Beliau... Siapa Sebenarnya Bapa Pelakon Yang Enggan Mengaku Anak? Sa...
-
Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Ella Sandera telah berkongsi pengalamannya yang hampir menjadi mangsa cabul seorang ustaz pa...
-
Foto ilusi memang sering mengundang rasa kagum serta menjadi sebuah misteri yang harus diselesaikan bagi siapa saja yang menglihatnya. Jaran...
-
Siapa yang tidak kenal zizan, kecoh sekarang nie untuk mengetahui siapakah hati yang berjaya menyentuh hati seorang jejaka kurus ini. Wal...
-
Anak kepada penyanyi Andy (Flop Poppy) iaitu Megat Daniel Azreen atau dikenali sebagai Dan Azreen mengakui sedang menjalinkan hubungan c...
-
Walaupun peningkatan kos hidup di Emiriah Arab, tetapi para pekerja yang berada di kedudukan pengurusan dan senior di negara ini mempunyai p...
-
Sebelum ini Alvin dan Vivian telah dikecam teruk oleh masyarakat kerana telah didakwa menghina Islam dengan memuatnaik foto bersama kapsyen...
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
0 Komentar untuk "Kisah Terbaik, Bertunang Hanya Sesaat Lepas Tu Terus Bernikah"