Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Mariam Isabel Nama Anak Ally Iskandar & Isteri

Menerusi temubual bersama Wanita Hari ini, Ally Iskandar dan Farah Lee akhirnya mengumumkan nama anak mereka iaitu Mariam Isabel. Ejaan nama tidak dapat dipastikan sama ada Isabel atau Isabelle.

Untuk makluman, Farah Lee telah selamat melahirkan si puteri comel pada 8 Ogos yang lalu. Pastinya mereka berdua sedang berada dalam fasa teruja dengan kehadiran orang baru dalam hidup.

Farah Lee dilihat mengalirkan air mata ketika Ally Iskandar mengucapkan terima kasih kerana melahirkan Mariam Isabel. Sesungguhnya pengorbanan seorang isteri amat besar dan salah satunya ialah berjuang antara hidup dan mati untuk melahirkan zuriat.

Semoga keluarga Ally Iskandar dan Farah Lee makin meriah, ceria dan bahagia dengan kehadiran Mariam Isabel. Lepas ini bolehlah tambah sorang lagi. Harap-harap ‘baby boy’ pulak. Insya Allah.
sumber:kezoom
0 Komentar untuk "Mariam Isabel Nama Anak Ally Iskandar & Isteri"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info