Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Melly Goeslaw Dedah Punca Dirinya Kini Berhijab


Nama Melly Goeslaw bukan lagi asing di negara kita. Penyanyi dan pencipta lagu dari Indonesia ini mula mencipta nama selepas kejayaan lagunya bertajuk Jika yang menjadi siulan peminat-peminat muzik di Malaysia.

Nama Melly semakin teguh di Malaysia apabila menghasilkan lagu soundtrack untuk filem Ada Apa Dengan Cinta? pada tahun 2002. Dan sehingga tahun 2013, Melly telah menulis lebih 600 buah lagu.

Bagi peminat Akademi Fantasia , anda sudah tentu mengetahui yang Melly pernah menjadi Inspire kepada program realiti tersebut pada tahun 2013.

Terbaru mengenai Melly, wanita kelahiran Bandung, Jawa Barat ini telah tampil dengan imej terbarunya yang kiniberhijab.

Melly sebelum ini dikenali dengan persona pentasnya di mana dia sering berpakaian yang eksentrik, mekap yang tebal dan rambutnya yang sering bertukar warna seakan penyanyi dari Barat, Bjork.

Tentu Melly ada sebabnya sendiri mengapa dia kini berhijrah dan istimewa untuk anda, Melly akan mendedahkan sebabnya dalam program MeleTOP malam ini.

Kehadiran Melly dalam program MeleTOP adalah sebagai tetamu jemputan dan dia juga akan berkongsi perkembangan seninya yang terbaru selepas berhijab. Malah Melly turut akan membuat persembahan khas untuk para penonton malam ini menerusi sebuah lagu berjudul ‘Ibadah dan Cinta’.

Selain Melly, MeleTOP malam ini turut akan membawakan dua nama besar iaitu Wak Doyok dan Elfira Loy yang akan bersama para penonton bagi mempromosikan program terbaru diberi nama ‘Kelas 601’ yang akan bersiaran tidak lama lagi.
sumber:http://www.murai.com.my
0 Komentar untuk "Melly Goeslaw Dedah Punca Dirinya Kini Berhijab"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info