Pelakon Izzue Islam sentiasa bersikap tenang apabila ada pihak menuduh isteri yang juga pengurusnya, Nurinafilah Waharudin (Awin) bersikap'queen control' apabila wanita berkenaan sering dilihat bersamanya ketika berada di lokasi penggambaran.
Izzue, 25, berkata, perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana sebelum mereka bergelar suami-isteri, Awin telah menguruskan kerjaya seninya termasuk bertindak sebagai pembantu peribadi.
"Saya tidak faham mengapa ia perlu menjadi isu kerana wanita yang saya bawa ke set penggambaran adalah isteri saya malah dia juga adalah pengurus dan pembantu peribadi sejak dari awal pembabitan saya dalam bidang seni.
"Sebelum berkahwin perkara ini tidak pernah menjadi isu pun wahal ketika itu Awin sentiasa bersama saya dan sepatutnya sekarang ia lagi tidak patut dijadikan satu masalah kerana hubungan kami sah," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Izzue berkata, dia tidak pernah berasa terkongkong kerjayanya diuruskan oleh isteri sendiri kerana tanpa sokongan dan kegigihan wanita berkenaan kariernya tidak akan berada pada tahap sekarang.
Kata Izzue, dia menganggap gosip yang diperkatakan tentangnya sebagai satu cabaran dalam rumah tangganya bersama Awin yang dibina sejak setahun lalu.
"Apa yang orang ingin perkatakan tentang kami ia adalah satu bentuk cabaran dalam hubungan kami malah ia sebenarnya mengeratkan lagi kasih sayang dalam perkahwinan kami.
"Awin seorang yang sangat positif dan sporting dalam hal-hal sebegini dan dia banyak memberi semangat kepada saya untuk terus tabah menghadapi dugaan sebagai anak seni," ujarnya.
Sementara itu, Awin yang turut mengulas mengenai isu berkenaan berkata, dia tidak pernah mencampur-adukkan soal peribadi dan kerjaya seperti mana diperkatakan sesetengah pihak dan hanya menjalankan tugas sebagai seorang isteri dan pengurus kepada Izzue.
"Saya menilai perkara ini dari segi positif dan ia adalah lumrah apabila ada orang yang menyokong dan tidak suka kepada kita," katanya.
sumber: http://www.mstar.com.my/
0 Komentar untuk " Mencetak E-mel Facebook 19 Izzue Islam Tenang Isteri Dituduh Bersikap 'Queen Control'"