Saintis mengumumkan penemuan spesies baru dari Bolivia. Spesies istimewa ini ialah seekor kelawar berbulu emas bernama Myotis midastactus.
Spesies tersebut sebenarnya hampir sama dengan yang pernah dijumpai di Amerika Selatan bernama Myotis simus. Namun setelah meneliti 27 spesimen di muzium Amerika Syarikat dan Brazil ditemui keduanya ternyata spesies berbeza. Myoti midastactus diyakini hanya hidup padang rumput luas di Bolivia.
Di seluruh dunia terdapat lebih daripada 100 spesies Myotis. Keunikan Myotis kerana mereka mempunyai ciri-ciri kuping mirip tikus dan bulu kuning emas. Jenis ini biasa tidur bertengger di lubang tanah, pokok dan di bawah bumbung jerami pada siang hari.
Penemuan oleh Smithsonian Institution di Washington dan Oswaldo Cruz Foundation di Rio de Janeiro ini diterbitkan di Journal of Mammalogy. Dr. Moratelli mengakui melakukan analisa memakai spesimen kerana belum boleh mempunyai spesimen hidup dari Myotis midastactus. Namun ia menegaskan spesimen tersebut sudah sah untuk menetapkannya sebagai spesies baru.
"Tidak jelas bagaimana Myotis midastactus boleh bertahan dalam pemuliharaan," tulis saintis dari Fundação Oswaldo Cruz itu. "Namun, yang jelas, spesies ini mendekati ancaman kepupusan."
Myotis midastactus adalah jenis kelawar kelima yang ditemui Dr. Moratelli. Selain itu ia mencari spesies kelawar kecil di Andes, Ecuador, iaitu Myotis diminutus. Masih ada Myotis lavali dari Brazil, Myotis izecksohni di hutan Atlantik dan Myotis handleyi dari pengunungan di Venezuela.

sumber:http://gabancomel.blogspot.com/
0 Komentar untuk "Myotis midastactus Spesies Kelawar Berbulu Emas Ditemui di Bolivia"