Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Neelofa Mahu Undur Diri?

Neelofa memang kelihatan sangat cantik dan menawan sejak bertudung penuh. Ramai lagi peminat wanita ini yang gembira dengan perubahannya.

Dalam pada itu ada beberapa sumber yang rapat dengan pengacara ini mengatakan bahawa dia bakal meninggalkan program MeleTOP sebaik sahaja musim ini berakhir.

Betul ke? Pasti ramai terkejut sebab tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba sahaja dia mahu mengundurkan diri.

Menurut sumber ini lagi, khabarnya Neelofa merasakan dirinya kurang sesuai lagi untuk mengendalikan rancangan hiburan apatah melibatkan cerita gosip dan sebagainya.

Jika benar Neelofa mengundurkan diri mungkin Nabil juga akan terkena tempias. Tak mustahil untuk mereka menggantikan tempat Nabil dengan orang lain juga.

Rasanya gandingan Neelofa dan Nabil memang cukup sesuai dan sepadan. Lagi pun peminat memang suka dengan mereka.

Lagi satu rancangan MeleTOP pun bukannya memaparkan rancangan gosip yang melampau, rasanya kalau Neelofa terus mengendalikan rancangan ini pun tak mengapa.

Khabarnya lagi ada nama yang sudah dipilih oleh pihak produksi jika gandingan Neelofa-Nabil digugurkan. Siapakah orangnya?
sumber:kezoom
0 Komentar untuk "Neelofa Mahu Undur Diri?"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info