Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Ngeri! Otak Bersepai Hentam Treler


Seorang lelaki pecah dipercayai telah terhimpit dengan beberapa karton minuman keras yang dimuatkan dalam pacuan empat roda Toyota Hilux selepas kenderaan dipandunya itu melanggar belakang sebuah treler dalam kemalangan di Kilometer 55.7, Lebuhraya Utara-Selatan semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.40 pagi, anggota bomba terpaksa mengutip cebisan otak mangsa berusia 30 tahun dan berasal dari Jitra yang tidak bernyawa di dalam kenderaan itu.

Kenderaan Toyota Hilux berkenaan yang sarat dengan minuman keras dalam perjalanan dari Alor Setar menuju ke Sungai Petani sebelum melanggar belakang sebuah treler membawa muatan simen dari arah sama sehingga membuatkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu kenderaan itu dikatakan gagal mengelak treler terbabit yang secara tiba-tiba memasuki lorong kanan menyebabkannya terus melanggar bahagian belakang kenderaan berat berkenaan.
sumber:http://aans1.blogspot.com/
0 Komentar untuk "Ngeri! Otak Bersepai Hentam Treler "

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info