Lucunya, dia terpaksa menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya bagi mengelakkan perkara itu diketahui oleh ibu dan bapa mertuanya.
Bukan sengaja mahu berahsia, tetapi dia dan suaminya Eric akan memaklumkan perkara itu sendiri sebaik sahaja mereka bertandang ke Perancis pada 17 September depan.
“Eric memang suka buat kejutan jika ada sesuatu yang istimewa kepada kedua orang tuanya. Ni pun bukan main ni aku kena twist ayat-ayat ni. Walaupun dalam Bahasa Melayu. Jangan tak tahu mereka berdua yang berada di Eropah – tak dilupakan sepupu kami – memang suka alih bahasa. Maklumlah zaman cyber. Digunanya pula Google translate. Selalu juga diaorang buka blog ni. Nak tengok apa aku buat.
“Kalau letak gambar tu, memang akan di print nya terus. Disimpan baik-baik dan dilekatkan di dinding bilik mereka. Itulah bapa mertua aku. Ni aku kena tulis Bahasa Melayu yang tak boleh ada English. Kalau English diterjemahkan sebiji-sebiji ke dalam bahasa mereka. Kalau bahasa kita, lain sikit.
“Dah pernah dibuatnya. Katanya kelakar dan terjemahan yang entah apa-apa. Aku tak tahu macam mana dan terjemahan mana digunakan! Hahahahha… Katanya dah taknak buat lagi.Buat buang masa katanya. Bila dengan video, diaorang tak boleh buat terjemahan dan tak ada sesiapa di sana yang boleh berbahasa melayu! Selamat… Hehehe..
Tapi in case… Tak tahulah juga.. tiba-tiba dibuatnya lagi terjemahan. Jadi nak selamat, Pingu kecil ku ni sarankan untuk umukan minggu ini dengan video sahaja. Lagipun dah tak boleh sorok dan dah tiba masa yang sesuai untuk kami umukan ‘rahsia’ kami ini,” tulis Nurul di blognya.
Apapun, tahniah kami ucapkan kepada Nurul dan diharapkan kehadiran cahaya mata yang seterusnya nanti akan memberikan kebahagiaan yang berpanjangan buat mereka sekeluarga!
0 Komentar untuk "Nurul Wahab Umum Kehamilan Menerusi Video, Kenapa Ya?"