Sokongan itu diberikan berikutan tindakan rakyat Malaysia yang kini sedang melaksanakanboikot untuk produk makanan segra yang dikatakan ada kaitan dengan Israel antaranyaMcDonald’s.
Sebaran iklan jawatan kosong itu dipercayai sebagai membantu orang Melayu Islam yang sedang bekerja di McDonald’s untuk memikirkan pilihan untuk menukar pekerjaan mereka ke syarikat Ramly Burger.
Ketika ini, pihak syarikat Ramly mencari individu untuk jawatan Penyelia Cawangan, Ketua Kumpulan, Pembantu Kedai/Kiosk dan Juruwang.
Dengan boikot yang dilancarkan rakyat Malaysia khususnya umat Islam kepada McDonald’s, Ramly Burger dilihat meningkat naik diperhatikan oleh rakyat Malaysia sebagai syarikat milik bumiputera Islam yang paling layak berjaya.
Tidak dinafikan, produk Ramly sudah pun dikenali ramai menjual produk daging dan roti burger.
Produk berkenaan banyak dibeli orang ramai untuk menikmati makanan burger di rumah dengan pelbagai variasi antara daging dan ayam.
Kini, Ramly burger sudah pun menghasilkan produk makanan-makanan yang lebih banyak dan tidak hanya tertumpu kepada makanan burger sebaliknya sudah ada produk Nugget dan Drummet ayam.
Para golongan muda sepatutnya mengambil peluang ini untuk mencuba nasib bekerja di syarikat Ramly Burger pada masa sama meninggalkan McDonald’s.
Dalam iklan itu, pihak pengurusan Ramly menawarkan pelbagai faedah menarik seperti elaun lebih masa, perlindungan insurans, rawatan perubatan dan peluang membuat pinjaman peribadi.
sumber– MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Orang Ramai Sebar Iklan Kerja Ramly Burger Di Facebook"