Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Pengantin Pelik, Kedua-Dua Pakai Gaun Wanita


Moscow – Jika dilihat kepada pasangan ini, pasti sukar untuk mengenali mana satu suami dan mana satu isteri.

Ia adalah senario pelik, namun itu yang berlaku kepada Dmitry Kozhukhov, 23, yang memakai gaun pengantin perempuan ketika berkahwin dengan isterinya, Alisa, 19.

Dmitry adalah dalam golongan Androgyne, iaitu lelaki yang tidak memilki sifat maskulin dan mempunyai bentuk badan lebih kepada wanita.

Meskipun memiliki perwatakan perempuan namun Dmitry meminati wanita.

Dia berkahwin dengan Alisa, yang lebih dikenali sebagai Alison Brooks di Moscow.

Kedua-duanya dikatakan saling mencintai dan mahu memiliki anak .

Perkahwinan mereka itu bagaimanapun mendapat kecaman ramai.

Malah pendaftar perkahwinan enggan mendaftarkan perkahwinan tersebut apatah lagi Dimity memakai pakaian gaun pengantin wanita.

Ini kerana pendaftar tersebut keliru kerana menyangka ia merupakan perkahwinan antaralesbian.

Rusia merupakan sebuah negara yang mengharamkan perkahwinan lesbian atau gay.
sumber:http://mynewshub.my
0 Komentar untuk "Pengantin Pelik, Kedua-Dua Pakai Gaun Wanita"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info