Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Penyamun Gigit Lengan Polis Di Johor


Seorang lelaki tidak sempat berjoli apabila dicekup empat jam kemudian selepas menyamun beg tangan seorang wanita dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi tadi.

Suspek ditahan di sebuah kedai 24 jam di bandar Kota Tinggi apabila anggota polis berjaya mengekorinya selepas mengesan lokasi suspek melalui signal telefon bimbit milik mangsa.

Difahamkan suspek turut bergelut dengan anggota polis dan mencederakan pegawai polis dengan menggigit lengan serta cuba merampas pistol bagaimanapun suspek berjaya ditumpaskan.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Low Hang Seng ketika dihubungi mengesahkan seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan manakala kes tersebut diserahkan kepada IPD Johor Bahru Selatan untuk siasatan lanjut. 
sumber– Sinar Harian Online
0 Komentar untuk "Penyamun Gigit Lengan Polis Di Johor"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info