Pagi ini, rakan penulis menelefon untuk meluahkan rasa marahnya dengan sikap yang dipertontonkan kakitangan dua buah bank di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.
Ia berkaitan dengan tuntutan bayaran untuk blog miliknya dari Google yang dibuat melalui perkhidmatan Western Union.
Bank pertama yang dikunjungiinya adalah Public Bank dan berurusan di kaunter nombor 4.
Sudah berkali-kali dan hampir setiap bulan dia berurusan dengan bank tersebut tanpa ada masalah.
Kali ini pun sama, semua bukti, payment receipt, Mykad dibawa macam biasa.
Entah apa gila kerani di Public Bank, tiba-tiba memberikan alasan..”U punya payment receipttakda tulis BIN… so tak boleh bayar”.
Setahu penulis pun lah, perkhidmatan Western Union meliputi pembayaran ke segenap pelusuk dunia.
Pembantu rumah penulis dulu pun hantar duit ke Lombok gunakan perkhidamatan itu, tak sampai 10 minit dah boleh tuntut dengan mudah di sana.
Tuntut pada ejen yang kedai macam nak runtuh dan yang menuntut tu pun setakat sebutMoney Transfer Control Number (MTCN aje).
Takkan rakan penulis itu perlu menghubungi Google untuk beritahu suruh letak BIN dalam payment receipt.
Itu bukan syarat yang terkandung dalam pembayaran atau penerimaan wang oleh Google atau Western Union.
BIN – ingat mat salleh nak layan ke pasal hal itu? Lagipun kenapa tidak sejk awal dulu tak bagitahu, ni tiba-tiba buat larangan baru. Orang nak guna duit… duit sendiri…bukannya samun orang lain.
Dah tak boleh keluarkan pembayaran yang mana segala bukti sudah dikemukakan, cuma takda tulis A Bin B aje.. BIN tu dijadikan alasan remeh.
Yang keje di Public Bank tu ah beng dan manager perempuan yang sama ah beng jugak.
Tahulah ah beng punya fobia pasal duit lebih lagi kalau yang datang kat kaunter tu kulit gelap atau sawo matang sikit.
Sama sama ah beng takda hal sangat rasanya.
Dulu dah la sekali maklumat rahsia pelanggan dibocorkan kakitangan Public Bank dalm isu NFC. Takda kualiti kerja langsung.
Lepas itu, rakan penulis pergilah ke Ambank yang letak kat sebelah bank ah beng tu.
Ini lain pulak halnya. Ketika berurusan di kaunter nombor 2, mamat yang keje tu cakap..”hari ini ejen tak datang”.
Yang rakan penulis tu marah ialah, sebelum ini dia pernah juga singgah di bank yang sama dan berurusan dengan mamat yang sama… setiap kali itu ada aje alasan yang diberikan.
“Pernah sekali dia kata system Western Union down, pergi bank lain dalam masa 5 minit selepas tu takda apa hal pun.
“Pagi ni pun bagi alasan lagi… setiap kali pergi ada sahaja alasan”.
Kata rakan penulis, bila dia mula marah dan bising, barulah mamat kat kaunter tu cakap dia boleh buat tapi kena pinjam ID kawan.
Pokok pangkal di sini ialah, kalau nak tolong tu boleh, cuma malas la kan… nak kena sign out dan sign in dengan ID baru agaknya…
Jadi nak mudah kerja bagi ajelah alasan.
Kecewa dengan sikap dan nada berat hati mamat yang bekerja tu, rakan penulis pun berjalan keluar.
Apa yang hendak disamapikan di sini ialah, ibupejabat bank-bank ini semua menghabiskan jutaan ringgit untuk tujuan latihan dan pengiklanan bagi membentuk jenama syarikat masing-masing.
Namun kakitangan mereka terutama di bank-bank yang agak terpencil dalam kawasan bandar tidak langsung menjiwai matlamat dan usaha kerja baik yang cuba diterapkan.
Pantang ada peluang, ada sahaja alasan yang akan diberikan.
sumber:http://mynewshub.my
0 Komentar untuk "Perkhidmatan Lemah Public Bank Dan Ambank Sri Permaisuri"