Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Pierre Andre, Zul Ariffin Disampuk Ketika Pengambaran Jin

Pengarah filem Pierre Andre mengakui mengalami pelbagai gangguan ketika mejalani pengambaran filem seram terbarunya berjudul Jin.

Malah menurut Pierre Andre, dia sendiri mengalami pengalaman hampir disampuk ketika pengambaran berlangsung.

Filem seram ini hanya memerlukan 10 hari pengambaran namun pelbagai dugaan yang mistik diterima sepanjang proses rakaman.

"Sepanjang saya mengarahkan filem, Jin adalah filem yang sukar. Kerap sangat gangguan yang kami terima.

"Saya sendiri hampir-hampir terkena juga. Ada satu babak nenek kena sampuk itu sebenarnya dia benar-benar disampuk.

“Pelakon yang membawakan watak Tok Wan itu dirasuk ketika sedang berlakon dan baru kami sedar apabila saya cakap ‘cut’ dia masih tidak sedarkan diri,” katanya.

"Saya terkejut juga. Energy rumah tempat kami membuat pengambaraan itu tidak bagus sebenarnya. Tetapi tidak mengapa. Jin bukan filem yang sempurna tetapi saya puas dalam mengarahnya

"Apabila saya dekati alam misteri, perkataan hantu itu sebenarnya tidak wujud yang hanya adalah jin. Jin boleh menyerupai apa-apa sahaja.

"Masyarakat sudah menyimpang. Saya sampaikan mesej secara realistik dan halus agar boleh difahami. Saya mahu masyarakat faham dan mendapat kesedaran tentang apa yang saya cuba sampaikan"

"Saya memilih Ustaz yang muda bagi filem ini kerana mahukan pembaharuan. Selalu kalau watak ustaz mesti yang berumur. Jadi tidak salah saya ambil ustaz yang muda iaitu Ustaz Naufal"
Terima kasih kepada semua pelakon dan produksi yang terlibat".

Bagi Zul Ariffin pula, walaupun wataknya biasa-biasa saja, dia tetap merasakan aura tidak sedap sepanjang berada di rumah berkenaan. Justeru dia juga tidak tidur di sana kerana setiap kali datang pada keesokan harinya pasti ada cerita kurang enak yang terjadi diceritakan oleh kru penggambaran.

“Saya akui seorang yang penakut. Sepanjang berlakon filem ini saya tidak berani duduk seorang diri. Apabila tiada babak saya akan sentiasa duduk bersama kru dalam kelompok yang ramai.

“Cukuplah pengalaman melihat Tok Wan disampuk diletakkan di hadapan saya dan itu benar-benar membuatkan saya fobia. Namun pengalaman berlakon di dalam filem ini cukup memberi saya pengalaman untuk berlakon filem seram pada masa akan datang,” katanya yang kini sedang popular menerusi drama bersiri Rindu Awak 200%.

Antara artis yang terbabit menjayakan filem ini ialah Zul Ariffin, Mon Ryanti, Harun Salim Bachik, Zarynn Min dan Imam Muda Naufal.

Filem Jin kini sudah pun berada di pawagam. Anda boleh menontonnya beramai-ramai bersama rakan - utk elakkan seram merajai diri...hehehe.
sumber:kezoom
0 Komentar untuk "Pierre Andre, Zul Ariffin Disampuk Ketika Pengambaran Jin"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info