Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Rita Rudaini Failkan Tuntutan Mutaah RM300,000 Terhadap Aidil


JIKA sebelum ini Rita Rudaini memfailkan tuntutan nafkah tertunggak lebih RM100,000 terhadap bekas suaminya, AidIl Zafuan, kali ini dia memfailkan pula tuntutan mutaah sebanyak RM400,000.

Tuntutan itu dibacakan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini, memetik laporan Harian Metro.

Untuk makluman, mutaah ialah pemberian saguhati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut berdasarkan syarak.

Pasangan yang bercerai pada 5 September tahun lalu itu telah dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3.

Aidil bagaimanapun sudah mendirikan rumahtangga buat kali kedua pada Mac tahun ini dan isterinya, Zarema Zainal kini sedang mengandung.Sebutan semula akan diadakan pada 11 September nanti.

Biarpun belum ada keputusan daripada pihak mahkamah, jumlah tuntutan itu mungkin cukup besar buat Aidil. Apapun, kita tunggu saja kenyataan daripada kedua-dua pihak itu nanti.
sumber: http://mynewshub.my

0 Komentar untuk "Rita Rudaini Failkan Tuntutan Mutaah RM300,000 Terhadap Aidil"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info