Dikenali sebagai seorang aktor hebat dan berbakat, nama Aamir Khan tiba-tiba menjadi hangat di India selepas tampil tanpa seurat benang dalam poster filem terbarunya berjudul PK.
Dipetik menerusi Indian Express, banyak pihak terutamanya umat Islam di India kurang senang dengan imej tersebut dan menganggap ianya tidak sopan serta kurang sesuai untuk tontonan kanak-kanak kecil.
Menerusi poster tersebut, Aamir dilihat hanya menutup bahagian sensitifnya dengan sebuah radio berukuran sederhana dengan mimik muka yang bengis.
Seorang pengacara program televisyen terkemuka di India telah mendakwa Aamir dan Hindi Daily merupakan individu yang bertanggungjawab menyebarkan poster tersebut untuk pertama kalinya.
“Aamir dan pihak media Hindi Daily tidak mengambil kira sensitiviti dan perasaan penduduk di India. Mereka pasti peka dengan isu yang sedang hangat dibicarakan. Masalah gangguan seksual terhadap perempuan di India kini semakin parah.
“Tindakan Aamir Khan dan Hindi Daily mengeluarkan poster tersebut boleh mendorong mereka diluar sana mencabuli kaum wanita sesuka hati,” jelas pengacara tersebut.
Masalah gangguan seksual di India dilihat semakin parah saban hari selepas banyak laporan berita mahupun pihak berkuasa yang menunjukkan peningkatan kes kaum wanita dicabuli.
Poster tersebut kini sedang disiasat oleh pihak berwajib di India untuk mendapat keterangan saksi. Aamir Khan dan Hindi Daily juga turut bakal didakwa jika mereka didapati bersalah cuba menggalakkan orang awam melakukan jenayah secara terang-terangan.
sumber: http://artismeletop.blogspot.com/
0 Komentar untuk "Sebar Poster Bog3l, Aamir Khan Bakal Berdepan Hukuman Berat"